Aku tak ingat sejak bila aku ada habit atau tabiat macam ni tapi entah macam mana aku memang suka buat macam ni.
Aku antara ramai orang yang suka tukar tukar default picture whatsapp. Selain tu, yang aku selalu tukar tukar, wallpaper handphone, background chat whatsapp, wallpaper desktop. Mestilah tukar kan kadang kadang sama je mesti boring kan.
Kalau kaki selfie lagi la selalu tukar profile picture dekat social media apps dekat whatsapp, mestilah nk letak gambar baru kan, macam aku jugak. Ada setengah orang tukar ikut mood, kadang tak tukar pun, kadang ada mood rasa nak tukar baru tukar.
Tapi aku ada habit atau tabiat untuk tukar gambar atau wallpaper ikut hari atau tarikh yg aku dah set tak tau sejak bila. Pelik tak? Jom baca pelik ke tak pelik.
1. Default picture whatsapp - aku akan tukar setiap 1hb. Kadang kalau aku lupa, dan masa tu dah 3 ke 4hb aku tukar je lah. takde lah aku tunggu 1hb bulan seterusnya pulak. Hehehe
2. Wallpaper handphone - aku tukar setiap hari jumaat setiap minggu. Dan aku antara orang yang tak suka letak gambar sendiri dekat wallpaper hp. Atau gambar sape sape je lah. Ntahlah kenapa. Aku ada jenis jenis wallpaper atau gambar yang aku akan pilih untuk jadi wallpaper dan aku akan cuba elakkan untuk tak pakai wallpaper yang sama setiap kali.
Current wallpaper for this week. Wallpaper dari salah satu wallpaper thread dekat twitter. not mine. |
3. Wallpaper desktop - masa aku kerja dulu aku tukar wallpaper desktop setiap isnin setiap kali lepas masuk office. Macam bagi mood la nak mulakan minggu kerja kan. Dan semua wallpaper jenis pemandangan hijau hijau je yelah kan dah seharian menghadap komputer atleast sejuk sikit mata.
Masa aku study pun memang aku akan tukar setiap minggu, dan kalau minggu exam pulak aku akan guna wallpaper sama dari mula minggu exam sampai habis.
Sejuk je kan rasa bila tengok macam ni Sumber : New WallpapersHD |
4. Whatsapp chat wallpaper - yang ni lain sikit, aku akan tukar bila dah bosan dan memang jenis memilih sikit sebab kadang rasa tak sesuai dengan bubble text whatsapp tu, jadi dah bosan baru tukar dan selalunya aku prefer yang warna gelap.
Tak pasti la ni sejenis tabiat apa tapi memang satu tabiat dari dulu lagi. Sebelum pakai smartphone pun memang akan tukar tukar phone theme tiap tiap minggu siap cari dekat internet, bluetooth dengan kawan yang pakai Sony (sebab dulu pakai Sony so kena cari yang sama). Hehehe
Ok. Tu jelah saja nak share dan first time share kat orang lain. Bila fikir balik pelik pulak aku ni. Entah aku pun tak tahu, mungkin aku jenis suka ada somekind of guide macam ni dari tukar ikut suka hati atau ikut mood. Tak tau lah. Hehehe korang pulak macam mana?
rajinnya tukar2. shu ni pakai sampai berhabuk tak tukar. haahaha
ReplyDeleteItulah, :) xde kerja kan hihihi
Delete